AYAM KAMPUNG/ORGANIK – Makanan Yang Baik Bermula Dari Sumber Yang Baik

Ayam kampung/organik adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di negara Barat ia dikenali sebagai “free range chicken” atau “organic chicken”. Ayam kampung jenis ini bergerak bebas dan berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba. Manakala ayam kampung organik adalah ayam diberi makanan yang bersih dan berkhasiat tinggi yang menawarkan faedah perubatan bagi pengguna, pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi dan ciri daging yang enak dan berprotin tinggi tanpa kolesterol berbanding ayam daging komersial yang hidup dengan pelbagai antibiotik, beta aganist, growth hormone dan bahan kimia yang diharamkan oleh kerajaan.

Firman Allah :
Maksudnya : Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.

 

Siapa yang memakan ayam kampung ini?

Ayam ini hanya dimakan oleh golongan yang mengutamakan kesihatan sebagai altenatif daripada memakan ayam daging biasa yang dibesarkan dengan cara suntikan antibiotik dan hormon tumbesaran.

069f1f03-81f2-4072-8c13-beb2480283d0.jpg

Apakah kesan kekerapan pengambilan ayam daging?

Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ‘ayam daging’ akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Lagi membimbangkan untuk satu tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya. Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh singkat. Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak. Tambahan pula, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein. Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan. Satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal(tempoh matang sekitar 90hari sahaja). Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini.

88b2457f-d23f-469d-aa1b-86b7feab0e16

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s