Konsep Perniagaan Produk Sejuk Beku

15267497_1179198578838867_7914364696916293101_n

Di Malaysia, kepesatan ekonomi negara yang semakin berkembang, memberi impak yang sangat positif kepada usahawan kecil dan besar. Banyak peluang perniagaan boleh diceburi, dan masyarakat juga tidak terlalu berkira untuk berbelanja. Memiliki perniagaan sendiri dilihat sebagai salah satu cara yang paling mudah untuk menaikkan taraf hidup seseorang itu. Bagi mereka yang tiada pengalaman dalam perniagaan namun berminat membuka perniagaan sendiri, sebaik-baiknya pilihlah perniagaan yang memerlukan modal yang kecil.

Pernah seorang sahabat mengajukan saya soalan sebegini:

“Bisnes apa yang boleh dibuat, jika hanya ada RM 1,000 dalam saku?”

Otak saya ligat mencari jawapan yang sesuai. Pada fikiran saya, mungkin tidak banyak perniagaan yang boleh diceburi. Kalau boleh, saya hanya akan menjawab ringkas: simpan sahaja wang itu dalam ASB agar dapat keuntungan tahunan. Tiada risiko kerugian dalam perniagaan. Namun, sebagai seorang sahabat saya ingin memberi suntikan semangat kepadanya. Lantas saya teringat akan beberapa jenis perniagaan yang diceburi usahawan kecil yang mampu untuk memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan dan mendapat keuntungan bulanan yang lumayan.

Perniagaan Produk Makanan

Di Malaysia, perniagaan produk makanan semakin mendapat tempat di hati masyarakat.  Bisnes jualan makanan boleh dilakukan di rumah, kedai atau pun di kiosk.  Ada juga usahawan yang menjual produk mereka di pasar tani dan pasar malam.  Di pasar raya besar juga sudah banyak yang turut membekalkan produk makanan yang halal.

Produk makanan yang sentiasa laris di pasaran terdiri daripada produk konfeksioneri seperti roti, kek dan biskut serta produk sejuk beku contohnya karipap, nugget, bebola ikan, daging atau ayam, popia, sosej, daging kisar dan pau segera.

Makanan sejuk atau sejuk dingin membawa maksud makan yang yang di simpan pada suhu -1 darjah C hingga +10 darjah C. Manakala makanan beku ialah di simpan pada suhu -18 darjah C ke bawah. Tujuan makanan di simpan  dalam suhu ini untuk memastikan makanan terus segar dan tahan lama.  Suhu persekitaran makanan dikawal supaya mikroorganisma tidak boleh menyebabkan makanan itu menjadi rosak dan busuk.

Perkembangan penyelidikan dan pembangunan telah menghasilkan makanan proses dan juga makanan segera boleh di pasarkan dalam sejuk beku seperti roti canai segera, karipap segera dan berbagai masakan lagi dengan cara ini.  Pengusaha makanan sejuk beku perlu mengambil kira gelagat atau behaviorism pengguna khususnya nenentukan saiz bungkusan, harga pasaran dan persaingan dan juga pusingan penghantaran produk mereka ke permis jualan.

Usahawan produk ini juga harus memberi tumpuan kepada aktiviti kesedaran dan promosi penggunaan produk sejuk beku seperti berikan demonstrasi kualiti produk mereka sama seperti kualiti produk segar. Kualiti roti canai sejuk beku boleh dikatakan lebih rangup dari roti canai segar. Usahawan roti canai sejuk beku boleh buktikan dengan pengguna dengan promosi di pasar-pasar raya hypermarket.  Aktiviti promosi ini perlu berterusan akan meningkatkan lagi jumlah dan meningkatkan lagi produk sejuk beku di pasaran terbuka.

Pasar raya atau pasar raya besar (hyper market) masih merupakan saluran pemasaran  yang besar dan penting. Tapi masalah dengan pasar-pasar raya ialah mereka cuba beli barangan dengan murah dan jual dengan harga tinggi. Keuntungan akan menjadi rendah dan syarat-syarat di kenakan adalah sangat sukar bagi usahawan-usahawan kecil-kecilan dalam bidang sejuk bekuan ini. Namun begitu jangan lupa pada pasar raya serbanika atau kedai-kedai runcit masih berupaya penting untuk pemasaran ini.

Faktor-faktor mempengaruhi pembelian produk sejuk bekuan ialah:

  • Promosi hadiah percuma untuk pembelian.
  • Ada tertulis bahan-bahan yang digunaka (ingredients).
  • Cita rasa pengguna
  • Tanda Logo Halal
  • Harga berpatutan.
  • Ada diskaun.
  • Mudah diperolehi.
  • Mudah untuk menyediakan.
  • Pembungkusan yang menarik.
  • Produk Bumiputera.
  • Saiz pembungkusan.
  • Label yang menarik dengan tertulis tarikh luput dan tarikh dikeluarkan.

Kesimpulan

Apabila berbicara perihal memulakan perniagaan dengan modal yang kecil, maka saya akan sentiasa teringat kisah pengasas Boon Siew Honda, mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew yang telah memulakan perniagaannya dengan membeli 11 unit bas dengan wang simpanannya RM 2,000. Bas ini kemudiannya dibaikinya sendiri dan dijual dengan harga RM 12,000 setiap satu.  Begitu juga dengan tokoh usahawan terkenal Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari yang memulakan perniagaan jual beli lembu dan kerbau seawal usia 19 tahun dengan hanya berbekalkan modal yang sangat kecil.

Nasihat saya, sekiranya modal kecil yang anda ada, maka mulakan dengan bisnes kecil.  Pilih bisnes yang sesuai dengan diri anda.  Jadilah seorang yang komited agar permulaan yang kecil ini boleh menjadikan anda seorang usahawan yang berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s